1 November 2012

dugaan HIDUP mematangkan diri

Kehidupan mematangkan kita. Ranjau dunia yang perit serta memori indah yang tersulam merupakan suatu momentum dari Ilahi bagi membersihkan insan daripada segala kelemahan diri.
Hidup ini memang susah tetapi bukanlah menyusahkan. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup kita ini penuh dengan dugaan. Kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang merupakan masalah dalam kehidupan kita ini. Setiap perkara yang terjadi, bersamanya ada hikmah yang tersembunyi. Hukamak ada berkata, semakin lambat seseorang insan itu redha atas takdir yang terjadi, maka semakin lambatlah mata hati dapat menyingkap hikmah yang tersirat. Dugaan adalah peringatan. Saat mentaliti leka dek hempasan halusinasi duniawi, dugaan adalah ayat-ayat Tuhan yang mengingatkan hakikat kehidupan duniawi adalah demi ukhrawi. Musibah selaku pengikis dosa menyucikan insan daripada khilaf agar ia termaaf. Usah risau andai tandusnya nikmat, tetapi risaulah jika hidup seakan-akan istidraj. Semoga perkongsian yang sedikit ini adalah saham Akhiratku yang kekal.
Aku memohon hari yang panas sempurna, agar aku bisa menikmati kenikmatan alam buana. Namun Dia menurunkan petir yang bising.. merenggut harapanku. Dia mentakdirkan gerimis, kemudian hujan yang lebat lagi dingin. Aku hampa kecewa. Ujarku,"Tuhan tidak adil!.. memberiku yang aku tidak mahu." Aku terus bermurung durja. Kedinginan kian suam, gerimis kian menghilang. Kornea mataku menyaksikan transformasi semesta. Aku terpana. Rupa-rupanya Dia ingin mengurniakan aku pelangi yang mempesona. Sungguh menakjubkan ciptaan-Nya. Ujian adalah manifestasi pelangi yang menjadi ayat-ayat cinta-Nya.
..Ateyn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan