20 Julai 2012

KAWAN is this 4 you!

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri….. Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…. Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita….. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat….. Sebagai kekuatan Jadilah kita sahabatnya itu…. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan.. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu….. RENUNGILAH… HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie) Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. SAHABAT SEJATI “Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) Dear awak.. Saya minta maaf sebab tak dapat menjadi kawan yang sempurna di mata awak.. Mungkin awak tak pernah jumpa orang macam saya sebab tu awak tak suka dengan saya.. Saya tak reti nak bersikap hipokrit.. Macam mana saya layan awak, macam tu la apa yang ada dalam hati saya tentang awak.. Saya tahu beberapa status dalam fb awak ditujukan untuk saya.. Walaupun awak nafikan, saya yakin memang awak tujukan untuk saya.. Hati saya sedih bila saya fikir awak baik dengan saya tapi awak dah salah menilai saya.. Tapi saya tetap layan awak macam biasa.. Segala senyuman, gelak-tawa saya ikhlas dari hati.. Sebab walaupun kata-kata awak dah menghiris perasaan saya, saya tak benci awak.. Awak belum mengenali saya lagi, awak cuma menilai luaran saya, awak belum menilai isi hati saya, sebab tu saya tak salahkan awak.. Segala kata-kata awak, kalau awak balikkan kepada diri awak sendiri..awak akan sedar.. Bila saya baca kata-kata awak, saya tak nampak diri saya dalam ayat tu..tapi saya nampak awak..tanpa sengaja awak tujukan kata-kata itu kepada diri awak sendiri.. Awak tak berada di tempat saya, awak tak ada idea apa yang telah saya lalui.. Macam saya cakap, saya cerita tentang A dan E, awak belum boleh menilai saya sebab awak tak pernah tahu tentang B, C, dan D.. Saya cuba jadi sahabat yang terbaik untuk awak.. Saya cepat 'panas'..(trait sebelah abah).. Tapi pada masa yang sama saya seorang yang penyabar..(trait sebelah mama).. Orang tak jaga hati saya, saya jaga hati orang.. Tapi sampai bila saya nak jaga hati orang..rendahkan ego saya..beralah.. Saya perlu jaga hati saya juga.. Awak cakap saya tak beramal.. Bila saya cakap saya beramal, awak cakap saya nak menunjuk.. Awak cakap jangan fikir masalah.. Bila saya cakap, saya tak fikir, happy macam biasa, awak cakap jangan terlalu selesa.. Ada sahaja yang tak kena di mata awak.. Saya tak boleh puaskan hati awak setiap masa.. Walaupun kadang-kadang saya nampak macam kanak-kanak Ribena..tapi fikiran saya matang.. Saya peroleh kematangan tu dari pengalaman.. Pengalaman mematangkan saya..mengajar saya erti kehidupan.. Saya dah jumpa macam-macam orang.. Orang macam awak tak jahat..tapi awak yakin awak boleh mentafsir orang..which is wrong.. Awak tak boleh mentafsir seseorang hanya dengan mendengar cerita dia sebab awak belum pernah ada kat tempat dia.. Awak tak boleh menilai orang dari gerak hati awak sebab gerak hati bukan sentiasa betul.. Kalau awak dapat tahu ada yang menilai awak melalui gerak hati, dalam diam tak suka awak sebab gerak hati dia, apa yang awak rasa.. Awak tak pernah mengalami dan melalui hidup dia..awak tak boleh menilai dia.. Awak tak berada dengan saya 24 jam.. Awak cuma berada dengan saya pada waktu kelas.. Awak ingat saya happy atau sedih dalam diam 24/7 sebab awak cuma nampak luaran saya.. Awak tak nampak apa yang ada dalam hati saya.. Awak tak nampak tangisan dalam hati saya bila saya happy.. Awak tak nampak perasaan dekatnya saya pada Allah bila saya senyap.. Awak tak ada hak untuk menghakimi saya cuma dengan melihat luaran saya.. Awak baik.. Saya tahu.. Tapi sepertimana saya yang punya kelemahan dan keburukan, awak juga punya kelemahan dan keburukan.. Tapi saya tak pernah jadikan keburukan awak suatu isu sebab saya ikhlas kawan dengan awak, saya boleh terima baik buruk awak..asal awak tak kacau saya, sudah.. Kita cuma hidup menumpang di bumi Allah ni.. Tak ada manusia yang sempurna kecuali kekasih Allah..Baginda seorang sahaja manusia yang sempurna kat dunia ni.. Saya dah minta pendapat kawan saya yang lain.. Saya nak kepastian sebab saya terbaca yang awak cakap dengan orang lain pun saya nak tunjuk yang saya ni baik. Saya risau kalau tanpa sengaja, saya selalu buat macam tu. Tapi diorang cakap tak. Lebih 5 orang kawan yang berbeza saya tanya..diorang cakap tak.. One of my friend said, "ko tak payah ubah (diri) tau..ko cukup bagus tau..b urself" Yang lain cakap masalah di sini bukan sy..tapi awak.. Saya terpaksa renggangkan sikit hubungan saya dengan awak..untuk kebaikan awak.. Saya tak nak awak buat dosa dengan fikir yang bukan-bukan tentang saya tiap kali saya ada di sebelah awak.. Saya tak nak awak rasa tak selesa tiap kali saya ada dengan awak.. Saya suka kawan dengan awak.. Tapi bila saya dapat tahu awak sebenarnya tak suka kawan dengan saya..saya sedih.. Tapi saya tak benci awak.. Saya maafkan awak sebab awak dah salah faham tentang saya..buat orang lain salah faham tentang saya.. Saya minta maaf sebab buat awak rasa tak selesa dengan saya.. Saya seorang yang terlalu jujur.. Walaupun awak akan kata saya cuba nak tunjuk baik lagi sebab mengaku diri saya jujur, saya akan cakap, itu bukan sahaja suatu kebaikan. Itu juga suatu keburukan. Apa yang ada dalam hati saya, saya akan cakap kat orang, dan kalau orang yang tidak memahami, mereka akan jadi salah faham dengan saya..meluat dengan saya.. Kadang-kadang orang akan terasa hati dengan saya bila saya buka mulut.. Tapi bukan setiap masa saya macam tu.. Kalau kawan baik saya yang lain, kalau saya terasa hati dengan diorang, saya akan bagitau yang saya terasa dengan cara saya sendiri.. Dan mereka akan betulkan kalau saya terasa for nothing..kalau diorang betul-betul buat saya terasa, diorg akan explain balik..benda tu setel..buat kami lebih rapat.. Saya buat macam tu sebab saya tak suka terasa dalam diam..lama-lama meletup.. Kawan-kawan baik saya boleh terima cara saya..dan diorang pun ikut cara saya.. Cara ni elakkan kitorang simpan rasa tak puas hati dalam hati.. Tapi saya tak boleh buat macam tu dengan awak sebab awak akan kata saya nak tunjuk baik lagi.. Apa pun..saya suka kawan dengan awak.. Kalau awak nak rapat dengan saya balik, saya terima dengan hati yang terbuka.. Sayang awak :')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan